07 Feb

Kepada:
Semua Ahli ISM,
NOTIS PEMILIHAN CALON INSTITUT STATISTIK MALAYSIA (ISM) BAGI TAHUN 2020- 2022
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung ISM akan diadakan pada 25 Februari 2020 di Istitut Sains Matematik, Universiti Malaya. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk membuat pemilihan calon tahun 2020 – 2022 bagi jawatan Presiden dan Ahli Majlisdengan mengisi Borang Pencalonan yang disediakan. Setiap pencalonan hendaklah mendapat:
(i) persetujuan calon bagi jawatan tersebut (calon dikehendaki menandatangani borang pencalonan), dan
(ii) sokongan daripada dua (2) ahli ISM (kedua-dua penyokong dikehendaki menandatangani borang pencalonan).
Borang Pencalonan yang telah siap diisi hendaklah dihantar melalui pos atau penyerahan tangan atau email kepada:
Dr Roslinazairimah Zakaria
(Pegawai Pilihanraya ISM)
Pusat Sains Matematik
Universiti Malaysia Pahang
Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang, Pahang
Pencalonan juga boleh dibuat dengan mengisi borang pencalonan melalui pautan ini: https://forms.gle/pT9EzigGEMiBxzKt6
Untuk makluman tuan/puan, Borang Pencalonan hendaklah sampai kepada Pegawai Pilihanraya sebelum atau pada 12 Februari 2020 untuk tindakan selanjutnya.
Kerjasama tuan/puan dalam hal ini diucapkan terima kasih.