• Jul
    22

    Time: 8.00 am

    Location: Vistana Hotel Kuantan

    eBanner-2

    Simposium Kebangsaan Sains Matematik (SKSM) merupakan program tahunan Persatuan Sains Matematik Malaysia dengan kerjasama Universiti Awam di Malaysia. Simposium ini menghimpunkan cendekiawan Sains dan Matematik dalam negara dan luar negara  bagi membentangkan hasil penyelidikan terkini. SKSM28 merupakan antara wadah besar bagi ahli sains dan matematik daripada pelbagai varian bidang di Malaysia berkumpul, bertukar-tukar fikiran, menjalinkan hubungan kerjasama untuk kebaikan bersama khususnya dalam memartabatkan ilmu sains dan matematik kebangsaan.

    Pada Edisi yang ke 28 ini, Universiti Malaysia Pahang menerusi Pusat Sains Matematik telah dipilih bagi menganjurkan seminar ini.  Semua kertas kerja penuh  yang diterima akan diwasit dan diterbitkan di IOP yang berindeks SCOPUS. Penerimaan ini adalah berdasarkan cadangan pewasit.

    Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang: SKSM28